Friday 11 August 2017

KATA ALUAN YDP



SHAMSUDDIN BIN HAJI ABDUL RAZAK
YANG DI-PERTUA
PERSATUAN MELANAU BINTULU, SARAWAK
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Segala puji bagi Allah Subhanahu Wata'ala, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam, pembawa rahmat ke seluruh alam. Selawat dan salam ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabatnya jua.
Alhamdulillah, pertamanya saya bagi pihak Persatuan Melanau Bintulu, Sarawak (PMBS) mengucapkan “Syukran Jazilan “ yang tidak terhingga kepada Biro Keahlian dan Teknologi Maklumat (IT) PMBS dan staf UPM Kampus Bintulu yang membantu dalam membangunkan laman web rasmi Persatuan Melanau Bintulu
Salah satu strategi untuk memperkenalkan dan mempromosikan PMBS adalah melalui laman web. Sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO), Portal Rasmi PMBS ini memaparkan pelbagai maklumat berhubung dengan organisasi, aktiviti, produk vaie, kesenian dan kebudayaan vaie. Turut dimuatkan ialah sudut ilmu, galeri foto, dan berita-berita terkini aktiviti persatuan.
Dengan kewujudan laman web rasmi ini, PMBS dapat menyampaikan maklumat berhubung dengan program dan aktiviti  yang dijalankan oleh PMBS dari masa ke semasa kepada semua ahli persatuan dan seluruh pengunjung  internet dengan lebih baik, efisien dan tersusun.
Saya amat bersyukur kepada Allah dengan taufiq 'inayah serta keizinannya jua, Persatuan Melanau Bintulu Sarawak, telah berjaya membina laman web untuk tatapan masyarakat dan ahli-ahli persatuan khasnya dan seluruh pengunjung internet, dimana jua mereka berada. Diharapkan informasi-informasi yang disalurkan melalui laman web ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan sebaik mungkin.
Bertepatan dengan arus pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang canggih ini, Persatuan Melanau Bintulu mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan pendekatan komunikasi serta cara penyampaian maklumat yang lebih tepat, telus dan cepat untuk disalurkan kepada semua ahli persatuan khasnya dan masyarakat umum amnya.
Maklumat yang disediakan di laman web ini sentiasa dikemaskini dan bersifat interaktif agar ianya dapat memberi manfaat kepada semua ahli PMBS dan para pengunjung yang melayari laman web ini. Bagi meningkatkan perkhidmatan yang diberikan, kami mengalu-alukan pendapat dan pandangan serta maklum balas untuk penambahbaikan mutu perkhidmatan bagi kecemerlangan persatuan, terlebih dahulu diucapkan berbanyak terima kasih.
Sekian,  Wassalam
Salam hormat
SHAMSUDDIN BIN HAJI ABDUL RAZAK
YANG DI-PERTUA
PERSATUAN MELANAU BINTULU, SARAWAK

KATA ALUAN YDP

SHAMSUDDIN BIN HAJI ABDUL RAZAK YANG DI-PERTUA PERSATUAN MELANAU BINTULU, SARAWAK ...