|
SEJARAH PERSATUAN MELANAU BINTULU, SARAWAK
Persatuan Melanau Bintulu telah diilhamkan
oleh beberapa orang anak Vaie Melanau Bintulu pada awal bulan Julai, 1978.
Diantara mereka yang terlibat didalam perbincangan untuk menubuhkan persatuan
ialah YB Tuan Haji Bolhassan Hj
Kambar, Encik Rambli Mahli, Encik Mohd
Tudin Kesu, Encik Mahli Drahman, Encik
Matnor Arshad, Tuan Haji Yusuf Mahmud, Tuan Haji Abdul Rahman Janang, Tua Kampung
Abu Bin Abil, Encik Hussaini Nahrawi, Encik Abd Rani Othman, Encik Rosli Kamarudin,
Encik Kederi Junaidi, Encik Ahmad Sulla, Encik Narawi Othman, Encik Sulaiman
Sitam, Encik Yusuf Sahari, Encik Bakeri Lalem dan Encik Yusuf Abil.
Mesyuarat pertama penubuhan Persatuan Melanau
Bintulu telah diadakan pada 25 Julai, 1978 bertempat di Bilik Sivik, Jabatan
Penerangan Daerah Bintulu yang telah dihadiri oleh kesemua anak-anak Vaie
seperti yang di senarai di atas. Dalam mesyuarat tersebut Encik Rambli Mahli telah
dipilih menjadi Pengerusi sementara, Naib Pengerusi ialah Encik Mohd Tudin Kesu,
Encik Kederi Junaidi dipilih menjadi Setiausaha. Kesemua yang hadir dialam
mesyuarat pertama tersebut telah dipilih menjadi Ahli Jawatankuasa protem
pertama. Tujuan asal penubuhan persatuan ialah untuk mengeratkan tali
silaturrahim, memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama di kalangan Vaie Melanau
Bintulu tidak menggira asal dan agama. Disamping itu untuk memeliharakan
kebudayaan dan kesenian Vaie Melanau Bintulu.
Dalam mesyuarat Ahli Protem pertama juga,
perlembagaan Persatuan lengkap dengan lambang persatuan yang merupakan perahu panau
yang direka oleh Encik Hussaini Nahrawi
telah dihantar untuk pendaftaran ke Pejabat Pendaftaran Pertubuhan pada 15
Ogos, 1978.
Walaubagaimanapun proses pendaftaran tersebut
telah disekat disebabkan ada sekumpulan anak Vaie Melanau Bintulu yang lain juga
berhasrat untuk menubuhkan Persatuan Melanau di Bintulu. Oleh yang demikian
atas arahan Pendaftar Pertubuhan Malaysia satu majlis dialog diantara kedua-dua
pihak telah diadakan di pejabat Daerah Bintulu pada 23 Ogos, 1978. Majlis
dialog tersebut telah dipengerusikan bersama oleh Pegawai Daerah Bintulu Encik
Sebli Ibrahim bersama Encik Ying Ten
Ping, Penolong Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Diantara mereka yang hadir
didalam majlis dialog tersebut ialah Encik Rambli Mahli, Encik Mohd Tudin Kesu,
Encik Kederi Junaidi, Encik Rosli Kamaruddin, Encik Junaidi Bujang, Encik
Hamzah Sulaiman, Encik Abdul Rani
Othman, Penghulu Haji Hamzah Keria dan
Penghulu Abdul Rahman Sulla. Hasil
perbincangan daripada majlis dialog tersebut, persatuan ini telah di benarkan
untuk menjalankan aktiviti sementara seperti pengambilan ahli, mengadakan
mesyuarat dan lain-lain.
Pada 11 November, 1978 satu mesyuarat
percantuman Persatuan Melanau Bintulu Sarawak telah diadakan di SRK Orang Kaya
Mohammad yang dipengerusikan oleh SAO Awang Bujang Awang Kelami. Diantara mereka
yang dipilih sebagai ahli Jawatankuasa Protem kedua semasa mesyuarat
percantuman tersebut ialah :-
Setelah hampir setahun penubuhan sementara,
akhirnya pada 27 September, 1979 Persatuan Melanau Bintulu telah didaftar
dengan rasminya dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia dengan No Pendaftaran
83/79 dan bilangan ahli ialah seramai 123 orang.
Pada 29 Disember, 1979 persatuan telah
mengadakan mesyuarat agungnya yang pertama bertempat di SRK Orang Kaya
Mohammad, Jalan Abang Galau Bintulu. Dalam mesyuarat tersebut pemilihan Ahli
Jawatankuasa tetap untuk tempoh dua tahun telah diadakan.
Mereka yang dipilih
dan dilantik adalah seperti berikut :-
|
SEJARAH PERSATUAN
Subscribe to:
Comments (Atom)
KATA ALUAN YDP
SHAMSUDDIN BIN HAJI ABDUL RAZAK YANG DI-PERTUA PERSATUAN MELANAU BINTULU, SARAWAK ...
No comments:
Post a Comment